Sunday, May 1, 2011

I'M BACK..


assalamualaikum..

lm sungguh wani menyepikan diri dari dunia blog,
wani kembali setelah lagi seminggu wani akan tamat pengajian dan berada dikampus ini..
sahabt2 doakan wani selamat mengharungi detik2 terakhir wani di kampus.
doa kalian wani dahulukan dengan ucapan trima kasih yang tak terhingga.

-kakak sayang mak dan ayah dari dunia smapai akhirat-

Sunday, November 1, 2009

together


we are happy being together..
so pray for us to stay together..
i love u all.
andai ada sesuatu yang melukakan hati wani mhn
ampun dan maaf..
biarlah kita menjadi sahabat susah dan senang bersama..
wani hargai kalian semua dan ikatan persahabatan ini..

Saturday, October 31, 2009

penguat semangat wanie..







terima kasih mak ngan ayah sebab jd penguat semangat dan pendokong untuk kakak..
kakak sayang sangat kat mak ngan ayah..
walaupun zaman sekolah dulu kakak bnyk bagi hati mak ngan ayah terluka dek sifat kakak yang kuat cemburu terhadap angah..
mak ngan ayah sabar atas perbuatan kakak yang paling bodoh kakak buat sampai lah sekarang akak dah bejaya memijak kaki ke menara gading..
akak janji pd diri seandainya akak sudah berjaya mak ngan ayah akan kakak jaga..
mak.. ayah..budi kalian kakak akan bawa sampai ke alam akhirat krn kakak tak kan mampu untuk membalasnya..
love u sayang..

so time for final exam!!!



Be like this and don't be stress ok friends..
smile always can cool down ur stress..
scared??????
don't worry just smile..
good luck to all of you.
hope we all will succeed...

holiday at air terjun cakah!


wanie lele, syfiq.azrul

k.sarah,k.shima,kak anim



syuk,k.syima,k.ayu,maiza,tyhah,k.maria, k.sya,k.sarah,k.anim


we are happy together..
we are together 10 so hope will remain 10..
love u all friends..
doakan perkekalan persahabatan kami semua till the end of life..
salam ukhuwah dan salam persahabatan..

aduhai...

salam ukhuwah semua..
maaflah dah lm sgt wani tak update wani punya blog..
bkn tak nk tapi tak dak semangat nk bt..
wani slalu je buka tgk tp still tak update..
skarng kami dah nk start final so 2 lg st hal yang merunsingkan wani..
sem ni tak nmpk subjek nk skor..
risau plak takut pointer turun tp apa2 hal wani akn usaha dulu..
good luck 2 you all..
semoga usaha kita diberkati Allah dan sekaligus diberi kejayaan...

Wednesday, January 7, 2009

Aneh ada orang takut 'sajak kematian'

Oleh:Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mati ini bukan satu kerja yang boleh dibuat lepas tangan. Malangnya, ia tidak langsung dalam agenda orang secular. Bahkan, orang yang secular akan mudah marah-marah apabila tajuk ini disentuh.

Bagi ajaran secular, mati itu dianggap tamat riwayat hidup. Pandai-pandai mereka menutup riwayat semua orang selepas berlakunya kematian dengan satu istilah selesa yang mudah iaitu “rest in peace” (RIP).

Walaupun dalam Islam Rasulullah s.a.w. pernah berdoa yang berbunyi: ”Ya Allah,bila aku mati rehatkanlah diriku dari segala masalah (keburukan).”

Ini berbeza dengan harapan orang sekular yang hanya mengharapkan kerehatan dalam ketenangan,sedangkan sewaktu hidup dahulu mereka melakukan segala kerja khianat yang menyusahkan orang dan diri sendiri.

Di dalam Islam,mati itu satu proses hidup. Tamat dan muktamadnya riwayat sebenar hidup manusia itu adalah apabila seseorang itu masuk syurga atau memasuki neraka. Ini kerana penghuni syurga kekal terus –menerus dan tak mati-mati. Begitulah juga dengan penghuni neraka.

Perihal adanya kematian dan hari kebangkitan, yang menandakan mati itu sendiri adalah satu proses hidup dapat kita lihat di dalam al-Quran melalui mesej dari Allah SWT berbunyi: “Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuz).” (Surah Yasin: 12)

Demikian juga dalam surah al-Juma’ah. Allah menyebut: “Mereka (Yahudi) tidak terlintas kematian itu selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan usaha mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. Mereka tiada terlintas kematian itu.

“ Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan bertembung dengan kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Juma’ah: 7-8).

Jadi, tajuk mati menjadi satu pelajaran yang amat penting dalam ajaran Islam. Ini supaya manusia awal-awal lagi membuat persiapan.
Sebagaimana tidur, manusia yang sudah mati kehilangan kemampuan untuk berikhtiar. lantaran itu, tidur itu sering disebut orang sebagai “adik-beradik” mati.

Dengan ketiadaan ikhtiar setelah mati, maka mistahak sangatlah kita berusaha sewaktu hidup. Dengan izin Allah, manusia boleh berikhtiar untuk menuju ke syurga dengan melakukan setiap aktiviti hidup berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ini dipanggil mengikut sunnah. Inilah yang disebut pahala. Nabi pula tidak melakukan sesuatu melainkan apa yang diwahyukan kepada baginda oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan neraka. Jika hidup manusia tidak diatur selaras dengan al-Quran dan sunnah, maka manusia itu hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah dan rasulNya.

Inilah yang disebut hidup dalam dosa. Keadaan hidup dalam pahala atau dosa inilah pula yang akan menentukan keadaan pengakhiran riwayat hidupnya.

Ia sama ada disebut mati dalam husnul khatimah atau su’ul khotimah.

Ini yang menjadikan hidup dan mati sebagai satu pusingan. Ia satu ‘cycle’ menuju kepada alam kubur yang juga satu jenis kehidupan juga sementara menantikan alam kebangkitan dan alam mahsyar.

Hidup yang tidak mati-mati tetapi dalam keadaan berlainan. Ia akan berakhir secara mutlak hanya di dua tempat iaitu sama ada di syurga atau di neraka.
Pendek kata, mati itu benda yang positif. Ia sama positif dengan hidup. Dalam surah al-Mulk ia disebut begini:
“Maha Suci Allah yang di tangan-NYAlah kerajaan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Dia) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dial Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”

Ertinya, mati itu sendiri adalh benda atau makhluk yang diciptakan. Ia lebih awal dicipta dan di dahulukan. Ia diawalkan kejadiannya dari hidup itu sendiri. Hidup dan mati itu sejenis regu. Ia dicipta berpasangan untuk tujuan ujian bagi mencari siapa yang lebih baik amalnya.

Namun malang sungguh masih ada yang mempertikaikan tayangan klip video berjudul ‘sajak kematian’ bagi sesi pengajaran murid Tahun Satu dan Dua.

Biarpun saya sendiri belum melihat kandungannya, namun cadangan untuk mengharamkan bermakna tajuk mati itu sesuatu yang tidak disukai kerajaan.

Pernah berlaku suatu ketika dahulu lagu selimut putih yang dinyanyikan kumpulan nasyid telah diharamakan kerajaan, biar pun ia tidak membawa unsur negative.

Sedangkan seni katanya mengajak kita untuk mengingati mati.

Saya juga pernah menganjurkan pertandingan nasyid yang menyentuh soal akhirat dan pemenangnya diberi hadiah sebanyak RM1000.

Kerana apa kita takut kepada mati yang tetap datang walaupun kita bersembunyi di sebalik tembok besi. Mati tetap datang biarpun tak di jemput, Cuma masa yang akan menentukan giliran kita.

Tidakkah sajak kematian boleh menyedarkan kita. Anehnya ada orang takut. Atau kita takut untuk sedar dan akhirnya mendekati agama. Agama inilah yang kami perjuangkan.

Harakah
28-30 November 2008
30Zulkaedah-2Zulhijjah 1429

SALAM UKHUWAH

Dah hampir sebulan wani tak up date wani pny blog. Wani dah pn msk sem baru n dah dpt result sem lepas tp nmpknya wani kn krj kuat lg lah.. usha wani blm ckp bersungguh2 lg.. kepada sesiapa yg bc blog wani ni tlg lah doa2 kan untuk wani jgk supaya diberi kejayaan dan dikuatkan semangat.. juga semoga iman wani dan kita semua bertambah dan dijauhkan dr dosa beserta godaan syaitann.. INSYA'ALLAH..

Tuesday, November 18, 2008

alhamdulillah..

Alahmdulillah pkl 11 hr ni tmt lh paper akhir wani untk sem satu.. selamt bercuti semua.. see u on sem 2 k.. semoga selalu dalam rahmat dan lindungan NYA.. insya'Allah..

Sunday, November 9, 2008

kenangan wanie sbg Nisa' Dun Kelaboran...












aduhaii...


hai.. skarang dah 10/11.. lps hr ni kira tggl 3 paper lah lg pas2 kita boleh lah balik kampung..


nervous lah sgt sbb ada paper yg ok n ada yg agak2 ok.. tp yg penting doa dah, usaha pn dah so yg lain kt serah kan kpd yg Maha Mengetahui segalanya.. nk wish balik kmpung awal sgt lg nanti wani wish lain lah k..




-viva 4 ever-

Sunday, October 12, 2008

kuliah..


Lepas cuti raya lepas skarang dah msk kuliah balik so bermulalah hari2ku seperti biasa.. lps ni dah nk dkt ngan final exam so wani nk wish all the best kpd semua kwn2 kat dlm kelas dakwah A.. doakan kejayaan kita b'sama..

GOOD LUCK TO ALL...

Wednesday, September 24, 2008

Salam Aidilfitri



SELAMT HARI RAYA SEMUA STUDENT UDM TERUTAMANYA KAT STUDENT2 DAKWAH (A) SEMESTER 1... MAAF ZAHIR DAN BATIN.. BERDOALAH AGAR KITA BERTEMU LAGI RAMADHAN YANG AKAN DATANG.. INSYAALLAH..

Friday, September 12, 2008

kuburan kita tiada bezanya

Kudatangi sebuah kubur, lalu ku tanyakan padanya, "Di mana para pembesar dan orang2 yang hina?"
Kudatangi sebuah kubur. Kubur para pemimpin dan rakyatnya. Kubur para tuan dan budak2nya. kuburan orang2 kaya dan miskin... Lalu kutanyakan padanya, " Manakah orang yang mulia dan yang hina?
"Semuanya terdiam membisu, tak ada jawapan. Mereka mati, tanpa bisa memberi jawab.
"Wahai yang selalu meminta manusia yang telah berlalu,Mengapa tidak mengambil i"tibar di masa lalu?
Engkau menikmati pagi dan petang dalam kemegahan,Lalu kau roskan keindahan itu.
"Apakah kamu melihat perbezaan kuburan seorang pemimpin dengan kuburan lainnya?
Apakah di dalam kubur seorang pemimpin terdapat emas atau perak?
Demi Allah, ia telah meninggalkan kerajaan, istana, tentera dan bahkan semua yang pernah ia miliki.
Kini dia hanya berbalut sehelai kain, sebagaimana kita, untuk kemudian di tanam di tanah.
Engkau dilahirkan ibumu dalam keadaan menangis dan menjerit,
sementara manusia tertawa bahagia.
Maka berusahalah agar ketika hari kematianmu mereka menangis,
sementara dirimu tersenyum bahagia..

renug2kan lah wahai kita semua!!!!!!!!!

dipetik drpd buku "malam pertama di alam kubur"..

- WANITA -


" dengan kecantikan mu
engkau lebih elok dari matahari.
dengan akhlak mu e
ngkau lebih wangi dari haruman.
dengan rendah hatimu
engkau lebih tinggi daripada rembulan.
dengan kelembutan mu
engkau lebih halus daripada rintikan hujan "

Untuk Renungan...



"..... bila terjadi peperangan akal dan hawa nafsu, akal mempertahankan barang yang pahit tatapi manis akibatnya, sedangkan nafsu mempertahankan barang yang manis tetapi pahit akibatnya. ketika itu kedua-duanya sama mencari alasan dan sandaran, akal mencari pembelaan " NUR ILLAHI...."

"sebaik-baik perhiasan
dunia adalah wanita yang solehah"

Tuesday, September 9, 2008

Indahnya Kematian

copy paste from, hendra march 8,2007

Biarkan aku terbaring dalam lelapku, kerana jiwa ini telah dirasuki cinta, dan biarkan daku istirahat, kerana batin ini memiliki segala kekayaan malam dan siang. Nyalakan lilin-lilin dan bakarlah dupa nan mewangi di sekeliling ranjang ini, dan taburi tubuh ini dengan wangian melati serta mawar. Minyakilah rambut ini dengan puspa dupa dan olesi kaki-kaki ini dengan wangian, dan bacalah isyarat kematian yang telah tertulis jelas di dahi ini. Biarku istirahat di ranjang ini, kerana kedua bola mata ini telah teramat lelahnya; Biar sajak-sajak bersalut perak bergetaran dan menyejukkan jiwaku; Terbangkan dawai-dawai harpa dan singkapkan tabir lara hatiku. Nyanyikanlah masa-masa lalu seperti engkau memandang fajar harapan dalam mataku, kerana makna ghaibnya begitu lembut bagai ranjang kapas tempat hatiku berbaring. Hapuslah air matamu, saudaraku, dan tegakkanlah kepalamu seperti bunga-bunga menyemai jari-jemarinya menyambut mahkota fajar pagi. Lihatlah Kematian berdiri bagai kolom-kolom cahaya antara ranjangku dengan jarak infiniti; Tahanlah nafasmu dan dengarkan kibaran kepak sayap-sayapnya. Dekatilah aku, dan ucapkanlah selamat tinggal buatku. Ciumlah mataku dengan seulas senyummu. Biarkan anak-anak merentang tangan-tangan mungilnya buatku dengan kelembutan jemari merah jambu mereka; Biarkanlah Masa meletakkan tangan lembutnya di dahiku dan memberkatiku; Biarkanlah perawan-perawan mendekati dan melihat bayangan Tuhan dalam mataku, dan mendengar Gema Iradat-Nya berlarian dengan nafasku….

:+: Khalil Gibran :+:

Maafkan Adik...


abg, adk tahu banyak salah yang adik dah buat kat abg sampai adk sendiri malu nak ckp tp kt sini adk nk mohon maaf sekiranya salah adik i2 melampaui batas.. yang adk paling terkilan masa ibu abg meninggal adk tak de kat sisi abg dan ditambah lagi dengan kemarahan adk kat abg.. hal mcm 2 tak sepatutnya terjadi tapi hal yang dah berlaku tak dapat nk undur balik.. perkara itu adk dah jdkan pengajaran yang besar dalam hidup adk.. maafkan adk dan terima kasih ats segala bantuan dan sokongan abg untuk adk..

Tuesday, September 2, 2008

pertama ramadhan ku..


selamat datang ya ramadahan pd tahun 2008 bersamaan 1429h.. semoga amalan wani ngan semua di terima oleh Allah..

Tuesday, August 5, 2008

Ku mencari Damai di hati

Aku tidak mencari seorang jejaka untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang
teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. seorang yang boleh mengingatkanku
sekiranya aku terlupa, dan yang paling penting seorang jejaka yang amatku percayai untuk
mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak dibangku sekolah lagi aku telah letakkan beberapa syarat bagi seorang jejaka
untuk hadir dalam hidupku dan dialah orangnya.