Friday, September 12, 2008

kuburan kita tiada bezanya

Kudatangi sebuah kubur, lalu ku tanyakan padanya, "Di mana para pembesar dan orang2 yang hina?"
Kudatangi sebuah kubur. Kubur para pemimpin dan rakyatnya. Kubur para tuan dan budak2nya. kuburan orang2 kaya dan miskin... Lalu kutanyakan padanya, " Manakah orang yang mulia dan yang hina?
"Semuanya terdiam membisu, tak ada jawapan. Mereka mati, tanpa bisa memberi jawab.
"Wahai yang selalu meminta manusia yang telah berlalu,Mengapa tidak mengambil i"tibar di masa lalu?
Engkau menikmati pagi dan petang dalam kemegahan,Lalu kau roskan keindahan itu.
"Apakah kamu melihat perbezaan kuburan seorang pemimpin dengan kuburan lainnya?
Apakah di dalam kubur seorang pemimpin terdapat emas atau perak?
Demi Allah, ia telah meninggalkan kerajaan, istana, tentera dan bahkan semua yang pernah ia miliki.
Kini dia hanya berbalut sehelai kain, sebagaimana kita, untuk kemudian di tanam di tanah.
Engkau dilahirkan ibumu dalam keadaan menangis dan menjerit,
sementara manusia tertawa bahagia.
Maka berusahalah agar ketika hari kematianmu mereka menangis,
sementara dirimu tersenyum bahagia..

renug2kan lah wahai kita semua!!!!!!!!!

dipetik drpd buku "malam pertama di alam kubur"..

1 comment:

fiquersyad said...

alhamdulillah...
rasa insaf bila terbaca artikel nie..yela, kita nie manusia bila dah berjawatan kadang2 lupe asal usul diri nie...
kepda sume insan yang ada di dunia nie, tinggi mana pangkat kita, jauh mana kita berada, janganlah sesekali asal usul kita...
ingatlah, kita nie datang dan kembali pada tempat yang sama...
harta, pangkat dan darjat x akan dibawa dalam kubur, hanya amalan sahaja...sekian,wassalam...