Sunday, May 1, 2011
I'M BACK..
assalamualaikum..
lm sungguh wani menyepikan diri dari dunia blog,
wani kembali setelah lagi seminggu wani akan tamat pengajian dan berada dikampus ini..
sahabt2 doakan wani selamat mengharungi detik2 terakhir wani di kampus.
doa kalian wani dahulukan dengan ucapan trima kasih yang tak terhingga.
-kakak sayang mak dan ayah dari dunia smapai akhirat-
Sunday, November 1, 2009
together
Saturday, October 31, 2009
penguat semangat wanie..
terima kasih mak ngan ayah sebab jd penguat semangat dan pendokong untuk kakak..
kakak sayang sangat kat mak ngan ayah..
walaupun zaman sekolah dulu kakak bnyk bagi hati mak ngan ayah terluka dek sifat kakak yang kuat cemburu terhadap angah..
mak ngan ayah sabar atas perbuatan kakak yang paling bodoh kakak buat sampai lah sekarang akak dah bejaya memijak kaki ke menara gading..
akak janji pd diri seandainya akak sudah berjaya mak ngan ayah akan kakak jaga..
mak.. ayah..budi kalian kakak akan bawa sampai ke alam akhirat krn kakak tak kan mampu untuk membalasnya..
love u sayang..
so time for final exam!!!
holiday at air terjun cakah!
aduhai...
salam ukhuwah semua..
maaflah dah lm sgt wani tak update wani punya blog..
bkn tak nk tapi tak dak semangat nk bt..
wani slalu je buka tgk tp still tak update..
skarng kami dah nk start final so 2 lg st hal yang merunsingkan wani..
sem ni tak nmpk subjek nk skor..
risau plak takut pointer turun tp apa2 hal wani akn usaha dulu..
good luck 2 you all..
semoga usaha kita diberkati Allah dan sekaligus diberi kejayaan...

Wednesday, January 7, 2009
Aneh ada orang takut 'sajak kematian'
Oleh:Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mati ini bukan satu kerja yang boleh dibuat lepas tangan. Malangnya, ia tidak langsung dalam agenda orang secular. Bahkan, orang yang secular akan mudah marah-marah apabila tajuk ini disentuh.
Bagi ajaran secular, mati itu dianggap tamat riwayat hidup. Pandai-pandai mereka menutup riwayat semua orang selepas berlakunya kematian dengan satu istilah selesa yang mudah iaitu “rest in peace” (RIP).
Walaupun dalam Islam Rasulullah s.a.w. pernah berdoa yang berbunyi: ”Ya Allah,bila aku mati rehatkanlah diriku dari segala masalah (keburukan).”
Ini berbeza dengan harapan orang sekular yang hanya mengharapkan kerehatan dalam ketenangan,sedangkan sewaktu hidup dahulu mereka melakukan segala kerja khianat yang menyusahkan orang dan diri sendiri.
Di dalam Islam,mati itu satu proses hidup. Tamat dan muktamadnya riwayat sebenar hidup manusia itu adalah apabila seseorang itu masuk syurga atau memasuki neraka. Ini kerana penghuni syurga kekal terus –menerus dan tak mati-mati. Begitulah juga dengan penghuni neraka.
Perihal adanya kematian dan hari kebangkitan, yang menandakan mati itu sendiri adalah satu proses hidup dapat kita lihat di dalam al-Quran melalui mesej dari Allah SWT berbunyi: “Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuz).” (Surah Yasin: 12)
Demikian juga dalam surah al-Juma’ah. Allah menyebut: “Mereka (Yahudi) tidak terlintas kematian itu selama-lamanya disebabkan kejahatan yang telah mereka perbuat dengan usaha mereka sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. Mereka tiada terlintas kematian itu.
“ Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan bertembung dengan kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah al-Juma’ah: 7-8).
Jadi, tajuk mati menjadi satu pelajaran yang amat penting dalam ajaran Islam. Ini supaya manusia awal-awal lagi membuat persiapan.
Sebagaimana tidur, manusia yang sudah mati kehilangan kemampuan untuk berikhtiar. lantaran itu, tidur itu sering disebut orang sebagai “adik-beradik” mati.
Dengan ketiadaan ikhtiar setelah mati, maka mistahak sangatlah kita berusaha sewaktu hidup. Dengan izin Allah, manusia boleh berikhtiar untuk menuju ke syurga dengan melakukan setiap aktiviti hidup berpandukan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Ini dipanggil mengikut sunnah. Inilah yang disebut pahala. Nabi pula tidak melakukan sesuatu melainkan apa yang diwahyukan kepada baginda oleh Allah SWT.
Demikian juga dengan neraka. Jika hidup manusia tidak diatur selaras dengan al-Quran dan sunnah, maka manusia itu hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah dan rasulNya.
Inilah yang disebut hidup dalam dosa. Keadaan hidup dalam pahala atau dosa inilah pula yang akan menentukan keadaan pengakhiran riwayat hidupnya.
Ia sama ada disebut mati dalam husnul khatimah atau su’ul khotimah.
Ini yang menjadikan hidup dan mati sebagai satu pusingan. Ia satu ‘cycle’ menuju kepada alam kubur yang juga satu jenis kehidupan juga sementara menantikan alam kebangkitan dan alam mahsyar.
Hidup yang tidak mati-mati tetapi dalam keadaan berlainan. Ia akan berakhir secara mutlak hanya di dua tempat iaitu sama ada di syurga atau di neraka.
Pendek kata, mati itu benda yang positif. Ia sama positif dengan hidup. Dalam surah al-Mulk ia disebut begini:
“Maha Suci Allah yang di tangan-NYAlah kerajaan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Dia) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dial Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Ertinya, mati itu sendiri adalh benda atau makhluk yang diciptakan. Ia lebih awal dicipta dan di dahulukan. Ia diawalkan kejadiannya dari hidup itu sendiri. Hidup dan mati itu sejenis regu. Ia dicipta berpasangan untuk tujuan ujian bagi mencari siapa yang lebih baik amalnya.
Namun malang sungguh masih ada yang mempertikaikan tayangan klip video berjudul ‘sajak kematian’ bagi sesi pengajaran murid Tahun Satu dan Dua.
Biarpun saya sendiri belum melihat kandungannya, namun cadangan untuk mengharamkan bermakna tajuk mati itu sesuatu yang tidak disukai kerajaan.
Pernah berlaku suatu ketika dahulu lagu selimut putih yang dinyanyikan kumpulan nasyid telah diharamakan kerajaan, biar pun ia tidak membawa unsur negative.
Sedangkan seni katanya mengajak kita untuk mengingati mati.
Saya juga pernah menganjurkan pertandingan nasyid yang menyentuh soal akhirat dan pemenangnya diberi hadiah sebanyak RM1000.
Kerana apa kita takut kepada mati yang tetap datang walaupun kita bersembunyi di sebalik tembok besi. Mati tetap datang biarpun tak di jemput, Cuma masa yang akan menentukan giliran kita.
Tidakkah sajak kematian boleh menyedarkan kita. Anehnya ada orang takut. Atau kita takut untuk sedar dan akhirnya mendekati agama. Agama inilah yang kami perjuangkan.
Harakah
28-30 November 2008
30Zulkaedah-2Zulhijjah 1429

Subscribe to:
Posts (Atom)